Jika ianya milimu maka ianya akan tetap menjadi milikmu

Saturday, September 13, 2025





Takdir,


Saat pertama kali aku melihat dan mendengar rakaman ketika dimana kau melafaskan akad. Aku rasa kecewa dan pada waktu yang sama nafas aku mula laju.


Tapi aku ulang b’kali-kali video akad nikah kau bersama dia.


Apa sebenarnya yang kau rasa? 


Tapi pada waktu itu kau ragu dengan keputusan kau.Tapi sekarang kau sudah mula kecapi kebahagian secara pelahan bersamanya.


Indah kan jalan cerita cinta kau dengan dia. Tapi aku terkilan, saat aku b’usaha untuk tawan hati mu, kau sudah pun memilih dia. Tapi itu lah takdir sudah tertulis JODOH kau bersama dia dan bukan aku.


Dia menanti mu setelah sekian lama, dan kini kau dan dia bersama.

Kita dipertemukan kembali, untuk aku mendengar segala apa yang jadi. Kerana aku yang minta untuk kau jelaskan dari A-Z. Sumpah kecewa itu ada tapi mungkin aku sudah cuba untuk menerima segalanya atau aku BODOH?


Masih lagi disini, menghubungi kau.


Ini bukan yang pertama, aku b'serah pada Allah. Aku cuba cipta rasa benci tapi ianya hadir sementara sahaja. Rindu dan cinta menguasai BENCI.


Aku tidak pernah doa yang buruk, dalam doa aku hanya yang baik buat mu dan dia. SAKIT? tidak apa aku sudah terbiasa dan ini bukan yang pertama kali cinta dan perasaan di tolak.


" Di bahu mu tempat ku b'sandar, dipelukan mu ku rasakan nyaman dan memiliki mu adalah satu anugerah "


Bahagiakan dia seperti mana kau pernah bahagian kan aku dulu, dan hargai dia sebaik mungkin.


"Aku titipkan dia lanjutkan perjuanganku untuknya,bahagiankan dia

kau sayangi dia sepertiku menyayanginya"


Aku masih cinta dan sayang, tapi kau bukan untuk aku.



Sekian,

Seketui Nanad