sesunggunya hati ini milikinya

Friday, September 12, 2025

 


Hi ,

sekian lama tidak menulis,

kerana aku perlukan masa untuk menulis.


sekian lama cinta yang ku nanti rupanya Allah da tulis kan takdir kita hanya setakat ini sahaja, tapi aku tidak tahu kenapa aku masih menunggu. Sedangkn Allah telah memberi jawapan dan pertunjuk yang kau tidak lagi untuk ku.


Kini kau sudah pun, b'gelar suami kepada orang lain.Dan kini kau telah mencintai dia, usaha ku selama beberapa bulan sebelum kau pergi jauh meninggal kan aku untuk membawa diri rupanya, kau telah memilih dia untuk kau jadikan dia isteri.

Dan kini hati kau untuk nya, dia menjadi yang terbaik buat mu. Tidak ku sangka penantian ku ini diakhiri dengan berita yang kecewa. Timeline yang sangt tidak logik tapi itu lah takdirnya.


Kalini aku keliru dengan pilihan ku, aku takut pilihan ini hanya untuk melupakan kau.

aku takut ini akan menjadi kegagalan aku buat kali kedua, kini izinkan aku lepaskan segala rasa yang ada untuk aku redha dengan ketentuan nya. Kini tiada lagi kisah kita sedangkn kau tahu tiada lagi kita tapi kenapa kau masih disini dan kau muncul kan dirimu.


Apakah niat mu ?


Kau bukan untuk aku lagi, takdir kita sudah pun berakhir tapi aku masih bermain dengan API . Mungkin cara aku untuk hilangkan rasa slowly. 


Jika takdir ku untuk mu dan kamu untuk ku jauh mana b'kahwin la dengan orang lain tapi jika tertulis memang aku untuk kau maka adalah. Tapi sekarang kita cuba berdamai dengan takdir, laksanakan lah tanggajawab mu sebagai suami dan aku pulak mencari cinta dengan redha sang pencipta.


Banyak lagi benda aku perlu perbetulkan.


Yang Benar

Seketui Nanad.